Search
Close this search box.
Nga Kor Ming hadir pada Sambutan Hari Kebahagiaan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 hari ini. Foto Steward Dawi (TVS).

155 PBT seluruh negara diseru ambil bahagian dalam Kajian Indeks Kebahagiaan

BySteward Dawi

PUTRAJAYA, 15 Mac: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara disaran mengambil bahagian dalam Kajian Indeks Kebahagiaan yang mengikut garis panduan ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun hadapan, tegas Nga Kor Ming.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berkata, setakat ini hanya 144 daripada 155 PBT terlibat dalam kajian itu.

“Ada 11 lagi PBT yang belum mengambil bahagian.

“Kita berharap kesemua 155 PBT di seluruh negara dapat turut serta bagi memastikan indeks kebahagiaan ini dapat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kebahagiaan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 hari ini.

Malaysia negara ke-55 paling bahagia di dunia

Sementara itu Kor Ming berkata, kerjasama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan PBT akan terus dipergiatkan.

“Ini penting untuk mencapai sasaran perancangan bandar yang lebih mapan, pintar dan mesra penduduk di kawasan bandar utama,” tambahnya.

Terdahulu, Kor Ming menyampaikan penghargaan kepada 10 Bandar Paling Bahagia 2024.

Antara yang menerima pengiktirafan termasuklah Cameron Highlands, Pahang,  Jeli (Kelantan), Bandar Jerantut (Pahang), Kuala Terengganu (Terengganu), Kulai (Johor), Lenggong (Perak), Bandaraya Melaka (Melaka), Petaling Jaya (Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Bandar Rompin (Pahang).

Dalam pada itu, Malaysia disenaraikan pada kedudukan ke-55 negara paling bahagia di dunia menurut Laporan Kegembiraan Global 2023.

Sementara itu, Kor Ming berkata, persepsi yang mengatakan rakyat yang mendiami Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah miskin perlu dihapuskan.

Sehubungan itu katanya cadangan kerajaan mewujudkan Program Residensi Rakyat (PRR) diharap dapat membantu menoktahkan persepsi

“Saya yakin apabila kita melaksanakan PRR ini kelak, penduduk yang tinggal di dalam kediaman itu tidak ada stigma yang negatif malahan berasa lebih bermaruah, selesa, selamat dan mesra,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan