Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan projek Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) Sarawak di bilik mesyuarat Pejabat Projek Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, hari ini. Foto TVS.

Projek STR bernilai RM1.6 bilion singkatkan jarak Kuching-Sibu

ByLuqman Muhammad

SADONG JAYA, 14 MAC: Projek pembinaan Jalan Utama Kedua (STR) yang akan menghubungkan Jambatan Batang Samarahan ke Jambatan Batang Sadong sehingga Jambatan Batang Lupar bernilai RM1.6 bilion akan memendekkan jarak perjalanan dari Kuching ke Sibu.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembangunan yang dilaksanakan menerusi peruntukan kerajaan negeri itu membabitkan tiga pakej serta dijangka siap menjelang 2028.

“Setelah siapnya projek ini ia akan membuka kawasan setempat, sekali gus membuka peluang ekonomi selain dapat memendekkan jarak perjalanan masyarakat dari Sibu ke Kuching mislanya,” kata beliau.

Uggah berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan projek Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) Sarawak di bilik mesyuarat Pejabat Projek Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, hari ini.

Dalam pada itu Uggah mendedahkan pelaksanaan projek jalan raya tersebut juga akan memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negeri ini berikutan ia akan menghubungkan jalan pesisir dengan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB).

Menurut Uggah,  jalan raya dari Jambatan Batang Samarahan ke Jambatan Batang Sadong dibangunkan secara pelaksanaan standard Jabatan Kerja Raya (JKR) R5 melibatkan jalan empat lorong dua hala dengan jarak kira-kira 22 kilometer (km).

Manakala, beliau memberitahu jalan raya dari Jambatan Batang Sadong ke Jambatan Batang Lupar adalah jalan dua lorong sehala dengan standard JKR R5 sepanjang 27.7 km. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan