Search
Close this search box.
Lukanisman Awang Sauni melawat Klinik Kesihatan Bako. Foto fail, TVS.

Parlimen: RM150 juta naik taraf klinik kesihatan daif seluruh negara

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kerajaan memperuntukan RM150 juta untuk melaksanakan 400 projek naik taraf klinik kesihatan daif di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 81 melibatkan projek roboh dan bina baharu manakala 320 melibatkan pembaikan klinik daif.

“Maklumat ini dapat digunakan oleh semua Ahli Parlimen bahawa adanya projek naik taraf klinik kesihatan di kawasan masing-masing.

“KKM juga akan mengambil inisiatif menyediakan senarai lokasi klinik-klinik daif ini mengikut kawasan parlimen dan memberi jaminan bahawa 81 projek roboh dan bina baharu ini meliputi semua parlimen sama ada kerajaan, pembangkang atau bebas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Lukanisman turut memaklumkan, pada tahun lepas, KKM telah melaksanakan hampir 524 projek menaik taraf klinik kesihatan daif.

Sementara itu beliau berkata, semasa perbincangan mengenai isu-isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima cadangan input penambahbaikan daripada Kerajaan Sarawak untuk dipertimbangkan secara serius.

“Langkah ini perlu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan lebih efisien dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan