Search
Close this search box.
Kadar penanaman semula kelapa sawit dalam tempoh 2014 sehingga 2023, agak rendah iaitu secara purata 1.8 peratus setiap tahun. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Penanaman semula rendah antara faktor pengeluaran sawit Malaysia merosot

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kadar penanaman semula yang rendah merupakan antara faktor pengeluaran sawit Malaysia juga berada pada tahap yang rendah, jelas Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menteri Perladangan dan Komiditi itu berkata, keadaan ini akan menyebabkan banyak pokok kelapa sawit di ladang-ladang tua, tidak produktif dan tidak menghasilkan buah yang banyak.

“Menurut amalan pengurusan yang baik, industri sawit kita patut menanam semula pokok tua yang berusia lebih 25 tahun pada kadar empat peratus setiap tahun.

“Namun kadar penanaman semula di negara kita dalam tempoh 2014 sehingga 2023, agak rendah iaitu secara purata 1.8 peratus setiap tahun,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, pada 2023, sebanyak 8.5 peratus daripada jumlah kawasan tanaman sawit negara mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun.

“Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding 5.6 peratus pada 2014,” tambahnya.

Terdahulu, Johari menjelaskan antara faktor lain yang turut menyumbang kepada pengurangan pengeluaran sawit negara ialah kekurangan tenaga kerja, hasil buah sawit yang rendah akibat pengurusan ladang yang tidak efisien khususnya yang melibatkan pekebun kecil.

“(Selain itu) tidak ada fokus kepada peningkatan hasil serta lebih menumpukan pembukaan tanah baharu bagi penanaman sawit,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan