Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama pengurusan tertinggi UOB Group, Eastspring Investments, Two Family Office dan Chemsain semasa perjumpaan di Singapura, hari ini.

Kerajaan Sarawak alu-alukan pelabur dalam bidang tenaga hijau dan boleh diperbaharui

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 14 Mac: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengalu-alukan hasrat syarikat-syarikat dari Singapura yang mahu melabur dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan hijau di negeri ini.

Beliau yang kini berada di Singapura, mengadakan perjumpaan dengan syarikat UOB Group, Eastspring Investments, Two Family Office, Chemsain dan Kuok Group, hari ini.

“Timbalan Premier Sarawak mengalu-alukan minat syarikat-syarikat ini sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030,” kata kenyataan dikeluarkan pejabatnya.

Turut serta semasa pertemuan itu, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah, Penasihat PUSAKA Datu Hashim Bojet, Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak Timothy Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif PUSAKA Capital Sdn Bhd Mohamad Nor Topek Julaihi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan