Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof semasa melakukan lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, bagi merasai sendiri pengalaman pelancong asing yang masuk ke negara ini. Foto Fadillah Yusof (FB)

Fadillah adakan lawatan mengejut ke KLIA, pantau proses kemasukan pelancong asing

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini melakukan lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi merasai sendiri pengalaman pelancong asing yang masuk ke negara ini.

Menerusi hantaran dalam Facebook, beliau berkata hasil daripada lawatan itu dijadikan panduan untuknya dalam Mesyuarat Kesesakan Pintu Antarabangsa yang berlangsung di Parlimen hari ini.

“Bermula di Bangunan Satelit KLIA, pagi ini saya menjadi sebahagian ‘penumpang’ yang baru mendarat sebelum berjalan ke kaunter imigresen Pintu Ketibaan Antarabangsa dan kemudian beratur bersama pelancong yang baru tiba untuk pengesahan pasport dengan tempoh menunggu kira-kira 10 minit.

“Pegawai kanan imigresen dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang bertanggungjawab menjaga urusan di KLIA memberitahu bahawa tempoh menunggu pada waktu puncak boleh mencecah 1 jam 30 minit atau dua jam,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata di luar waktu puncak, proses kemasukan pelancong ke Malaysia melalui pintu masuk negara di KLIA adalah kira-kira 30 minit.

Dalam hantaran itu, Fadillah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pegawai imigresen, MAHB dan Polis Diraja Malaysia yang membantu dan menerangkan proses perjalanan kemasukan pelancong kepadanya.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA pada kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan