Search
Close this search box.
Anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bella menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Batang Baleh, Kapit, hari ini. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Bot karam: Pasukan Penyelamat di Air sertai SAR esok, Bella kesan petunjuk baharu

KAPIT, 14 Mac: Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat dijangka akan menyertai operasi pencarian mangsa terakhir tragedi bot karam di Batang Baleh.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sibu, Penguasa Kanan Bomba Andy Alie berkata terdapat perkembangan dalam operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelapan hari ini.

“Terbaharu (perkembangan pencarian) kita telah mengerakkan anjing pengesan K9 Bomba bernama Bella untuk mengesan kedudukan mangsa.

“Terdapat tanda-tanda penemuan oleh Bella di lokasi bot karam tersebut dan kita percaya mangsa masih tersangkut di dasar sungai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dengan petunjuk terbaharu itu, katanya pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah telah digerakkan untuk menyertai operasi esok (15 Mac).

Bagaimanapun, katanya penilaian keadaan di lokasi sungai tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan selaman.

“Oleh yang demikian, pihak kami memohon bantuan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DI) untuk membuat tinjauan kedalaman dan profil sungai di Batang Baleh terlebih dahulu sebelum anggota PPDA mempertimbangkan untuk melakukan selaman atau sebaliknya bergantung kepada situasi dan faktor keselamatan,” jelasnya.

Susulan itu, katanya pihak DID Kapit bersetuju menyediakan dua pasukan teknikalnya untuk melaksanakan kerja-kerja survei di lokasi kejadian dan kawasan yang berhampiran.

Sementera itu, operasi pencarian mangsa terakhir iaitu Konstabel Iskandar Ibrahim yang belum ditemui ditangguhkan pada 6 petang dan akan disambung semula esok pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan