Search
Close this search box.
Anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Bella beraksi di lokasi foto: JBPM Sarawak

Bella diturunkan bantu SAR mangsa terakhir bot karam Baleh

ByFarah Diyana Samsuddin

KAPIT, 14 Mac: Anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Bella diturunkan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pencarian hari kelapan bermula dari lokasi terakhir, Iskandar Ibrahim dilihat iaitu di sekitar Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh hingga ke Sungai Kapit (Kampung Baru, Pasar Kapit) melibatkan radius pencarian dalam 10 kilometer (km).

Menurut PGO, kaedah pencarian dilakukan secara di kanan dan kiri tebingan sungai (zig zag) serta menghilir dan menghulu sungai.

Terdahulu pada 7 Mac, sebuah bot yang dinaiki lima individu karam di Sungai Batang Baleh berhampiran jeti SK Lepong Baleh.

Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala empat lagi dihanyutkan arus sungai yang deras.

Mangsa kedua ditemui lemas iaitu Jack Balan yang ditemui terapung pada 9 Mac di di Pulau Kerto, Sibu.

Seterusnya mangsa ketiga, Sarjan Jonathan Lambet pula ditemui terapung pada hari yang sama, kira-kira lima kilometer dari lokasi bot karam di Sungai Batang Baleh.

Diikuti mangsa ketiga, Amerson John Nain, pula ditemui terapung di Sungai Batang Lebaan, Sibu, pada 10 Mac lalu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan