Search
Close this search box.
Wan Samsulri Wan Hasbi merasmikan Bazar Ramadan Meditel di Hospital Umum Sarawak, Kuching, hari ini. Foto TVS

Bazar Ramadan Meditel tawar pelbagai juadah berbuka

KUCHING, 14 Mac: Bazar Ramadan Meditel yang dibuka di Hospital Umum Sarawak menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa.

Timbalan Pengarah Hospital Umum Sarawak, Wan Samsulri Wan Hasbi berkata 37 gerai dibuka bagi memudahkan kakitangan hospital, keluarga pesakit malahan orang luar mencari juadah berbuka puasa.

“Bazaar ini boleh menampung sekitar 200 orang pengunjung di sini dalam satu-satu masa dan kita berharap juga yang dari luar pun dialu-alukan untuk datang ke sini.

“Ini harapan kita untuk mengadakan bazaar Ramadan ini bukan untuk pesakit saja tetapi untuk semua kerana hospital kita mesra kepada kita semua,” katanya semasa majlis perasmian bazar berkenaan di sini, hari ini.

Menurutnya, pada tahun ini bazar ini mendapat sambutan menggalakkan berbanding tahun lepas disebabkan susun atur tapak gerai yang lebih strategik.

Susunan tersebut memudahkan pergerakan pengunjung yang membeli juadah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan