Search
Close this search box.
Dr. Veronica Lugah (tengah) merakam kenagan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS).

Abang Johari terima kunjungan hormat Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak baharu

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 14 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak yang baharu, Dr. Veronica Lugah di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Rombongan Dr. Veronica diiringi Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Banges Mungadan dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Rohanu Mat Bah.

Difahamkan, dalam kunjungan sekitar 30 minit itu, Abang Johari mengucapkan tahniah kepada Dr.Veronica atas pelantikannya sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

Untuk rekod, Dr.Veronica menjawat jawatan itu menggantikan Dr. Ooi Choo Huck berkuat kuasa 7 Februari lalu.

Terdahulu, beliau memikul tanggungjawab sebagai pemangku Pengarah Kesihatan Negeri susulan persaraan wajib, Dr Ooi Choo Huck yang menggalas tugas berkenaan sejak 1 Mac 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan