Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menyambut ketibaan pesawat ARJ21-700 milik Perbadanan Pesawat Komersial China di LTAK, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak intai peluang kerjasama dengan COMAC, pacu industri penerbangan

ByRegina Lee

KUCHING, 13 Mac: Penerbangan demonstrasi pesawat ARJ21-700 yang dibangunkan oleh Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) melakukan pendaratan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menyifatkan kemunculan sulung pesawat buatan China itu membuka jalan untuk Kerajaan Sarawak meneroka kerjasama dengan COMAC dalam memacu industri penerbangan negeri.

Katanya, pesawat AJR21-700 menyediakan pilihan kelas perniagaan dan kelas ekonomi serta ruang kaki yang lebih besar kepada penumpang.

“Pesawat ini lebih selesa, terdapat kelas perniagaan dan kelas ekonomi. Kapasiti tempat duduk pesawat sebanyak 78 dengan adanya kelas perniagaan, namun dapat mencecah 97 sekiranya semua penumpang membeli kelas ekonomi.

“Lazimnya penerbangan negeri mempunyai 60 hingga 70 penumpang, kita sudah mempunyai penerbangan lengkap berbanding menggunakan Airbus320 (A320) sedia ada yang hanya mempunyai kekerapan dua penerbangan setiap hari.

“Dengan adanya ARJ21-700, kita boleh membuat 4 hingga 6 kali kekerapan penerbangan yang lebih flesibel bergantung dengan kapasiti penumpang. Jadi, ia lebih ekonomikal untuk Sarawak,” katanya semasa sidang media Majlis Penerbangan Demo COMAC ARJ21-700 di LTAK, hari ini.

Pesawat ARJ21-700 yang melakukan penampilan sulung di LTAK, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Mengulas lanjut, beliau berkata penilaian teknikal akan dilaksanakan terlebih dahulu terhadap pesawat tersebut memandangkan proses pemerolehan MASwings belum dimuktamadkan.

Tambahnya, faktor landasan lapangan terbang negeri turut perlu diambil kira sebelum keputusan akhir dibuat.

“Kita masih di peringkat awal, terlalu awal untuk kita membuat keputusan pada masa kini. Kita juga harus pertimbangkan lapangan terbang di seluruh negeri yang sedia ada memandangkan pesawat jenis ini memerlukan landasan yang lebih panjang untuk mendarat dan berlepas.

“Pesawat jenis ini yang kita sedang cari, namun pada masa ini kita perlu menyelesaikan keseluruhan proses pemerolehan MASWings terlebih dahulu,” ujarnya.

Dengan jarak maksimum 2000 batu nautika (kira-kira 2.5 jam), ARJ21-700 sesuai digunakan untuk jarak pendek hingga sederhana untuk demografik Sarawak serta Malaysia secara keseluruhan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan