Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden. Foto AFP

Pilihan raya AS: Biden peroleh cukup perwakilan untuk jadi calon presiden Parti Demokrat

ByBernama

WASHINGTON, 13 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memperoleh cukup perwakilan untuk muncul sebagai calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.

Ini selepas Biden diramal memenangi pemilihan peringkat pusingan awal Demokrat di Georgia, menurut unjuran media AS pada Selasa.

Kemenangan Biden di Georgia menjadikan penyandang presiden itu mempunyai 1,968 perwakilan daripada jumlah keseluruhan 3,934 perwakilan yang diperlukan untuk secara rasmi menjadi calon Demokrat dan mewakili parti itu pada pilihan raya presiden AS, November ini, lapor Xinhua.

Sementara itu, bekas Presiden Donald Trump dijangka memenangi peringkat pusingan awal Republikan di Georgia pada Selasa dan semakin hampir dinamakan calon presiden bagi parti itu sekali gus mengulangi pertembungan pilihan raya Presiden 2020 dengan Biden. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan