Search
Close this search box.
Peniaga vape atau rokok elektronik yang masih berdegil dan terus menjual produk itu di Johor bakal berdepan dengan tindakan tegas pihak berkuasa negeri. Foto hiasan Envato

Peniaga degil jual vape di Johor berdepan tindakan tegas – EXCO

ByBernama

JOHOR BAHRU, 13 Mac: Peniaga vape atau rokok elektronik yang masih berdegil dan terus menjual produk itu di Johor bakal berdepan dengan tindakan tegas pihak berkuasa negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, larangan penjualan vape di negeri ini, merangkumi peranti dan cecairnya masih berkuat kuasa sejak 2016.

“Johor antara negeri yang masih melarang penjualan vape dan kita memang ada terima aduan berhubung penjualan vape sepanjang tahun lepas, tetapi jumlahnya tidak terlalu banyak serta hanya melibatkan kawasan tertentu.

“Tetapi asasnya apabila ada terima aduan, penguat kuasa akan bertindak, termasuk melibatkan peniaga vape dalam talian, cuma setakat ini (dalam talian) susah untuk dikawal,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Bazar Ramadan di Bandar Baru Uda di sini semalam.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini akan terus memantau aktiviti penjualan vape bagi memastikan ia tidak berleluasa.

“Tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil khususnya apabila terdapat aduan diterima daripada orang awam.

“Sehubungan dengan itu, kita nasihati peniaga-peniaga untuk patuhi apa yang ditetapkan kerajaan negeri,” katanya.

Pada 29 Nov 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ketika itu dilaporkan bertitah mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri ini bermula 1 Jan 2016, sekali gus menjadi negeri pertama yang berbuat demikian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan