Search
Close this search box.
Sebarang keputusan berhubung penerimaan Malaysia sebagai Sukan Komanwel 2026 hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.Foto, Bernama.

Parlimen: Tuan rumah Sukan Komanwel 2026, tunggu Mesyuarat Kabinet minggu depan

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Sebarang keputusan sama ada Malaysia menerima atau menolak tawaran sebagai penganjur Sukan Komanwel 2026 hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, tiada maklumat akan didedahkan buat masa sekarang sebelum mesyuarat berkenaan.

“Saya tidak mahu mendahului perbincangan Kabinet.

“Ada banyak maklum balas (yang diterima) dari luar sana, semua memberi pandangan masing-masing tetapi saya beri jaminan bahawa kerajaan sangat bertanggungjawab dengan setiap duit rakyat.

“Kita akan pastikan perbelanjaan yang hendak dilakukan (jika menerima tawaran sebagai tuan rumah Sukan Komenwel 2026) ini mendatangkan hasil kepada negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Baru – baru ini Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) membuat tawaran kepada Malaysia untuk menggantikan Victoria, Australia sebagai tuan rumah dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya.

Hannah menambah, pertimbangan wajar akan diberikan untuk perkara tersebut.

Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel kali pertama ialah pada 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan