Search
Close this search box.
Semua kementerian dan agensi kerajaan harus melipatgandakan inisiatif bagi menambah baik Indeks Perpaduan Nasional (IPNas), kata Datuk Aaron Ago Dagang. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Semua kementerian perlu tingkatkan inisiatif tambah baik Indeks Perpaduan Nasional

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Semua kementerian dan agensi kerajaan harus melipatgandakan inisiatif bagi menambah baik Indeks Perpaduan Nasional (IPNas), kata Datuk Aaron Ago Dagang.

Menteri Perpaduan Negara itu memberitahu, Melalui IPNas, pihaknya mendapati bahawa aspek tadbir urus dan pembangunan paling penting untuk meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“IPNas ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 2018 dan 2022.

“Skor Indeks Perpaduan Nasional pada 2018 ialah 0.567 manakala pada 2022 ialah 0.629,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Aaron menjelaskan, kajian IPNas seterusnya akan dilaksanakan pada tahun ini dengan skor disasar meningkat kepada 0.7 pada 2025.

“Kementerian meletakkan harapan tinggi agar perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat terus diperkukuh sekali gus meminimakan pertikaian antara etnik di negara ini,” tambahnya.

Sementara itu Aaron Ago memaklumkan sidang yang kementerian tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan  kepada Rukun Negara kerana prinsip sedia ada telah mencukupi.

“Bagi menterjemahkan roh dan semangat Rukun Negara, Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 telah memutuskan supaya lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah, diikuti lima prinsip Rukun Negara di semua peringkat sekolah dan program rasmi kerajaan di seluruh negara, sebagai usaha menyemai taat setia dan rasa cintakan negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan