Search
Close this search box.
Datuk Seri Azalina Othman Said ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini.Foto, Bernama.

Parlimen: Pembentangan RUU Akta Perkhidmatan Parlimen serentak dengan pindaan kewarganegaraan

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Kerajaan berharap pembentangan Rang Undang – Undang (RUU) Akta Perkhidmatan Parlimen dapat dilakukan serentak dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana bagi memastikan pindaan serta RUU berkenaan mendapat sokongan padu dalam kalangan Ahli Parlimen.

Berkenaan RUU Akta Perkhidmatan Parlimen, Azalina berkata, Parlimen (seharusnya) bebas dengan mempunyai kuasa sendiri untuk menentukan hala tuju termasuk melibatkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen kedua – dua blok.

“Kita hendak tengok perkara ini berlaku pada zaman Kerajaan Madani.

“Saya telah bincang dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan (Yang di-Pertua Dewan) Negara termasuk Perdana Menteri baru-baru ini, kalau boleh kita hendak supaya pindaan ini dapat dibuat serentak dengan pindaan kewarganegaraan (oleh) Menteri Dalam Negeri, sebab hendak dapat undi itu 148 ke atas,” katanya.

Azalina menjawab soalan tambahan Chow Yu Hui (Pakatan Harapan – Raub ) yang meminta Perdana Menteri menyatakan pelan hala tuju dan garis masa kerajaan dalam mewujudkan Akta Perkhidmatan Parlimen bagi menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjamin kebebasan dan autonomi parlimen.

Berkenaan pembentangan RUU Akta Perkhidmatan Parlimen, Azalina berkata, beliau yakin akan menerima sokongan sebulat suara kesemua 222 Ahli Parlimen.

“Kuasa ini pernah ada dalam negara (namun) ditarik pada 1993 kerana pada masa itu (ada yang) menganggap Parlimen tidak boleh sangat bersuara dan kita harap kuasa ini diberi semula supaya Parlimen boleh bersuara,” tambahnya.

Tambah Azalina, beberapa sesi libat urus yang berkesan telah diadakan pada 2023 dan 2024 melibatkan semua pihak berkaitan bagi memuktamadkan ketetapan dasar berkenaan dalam perkara ini.

“Memang sudah siap 90 peratus termasuk Rang Undang-undang, Bila? Masanya sudah dekat tetapi harapan saya kalau boleh dibuat serentak (dengan pindaan berkaitan kewarganegaraan) supaya kita boleh dapat undi 148 ke atas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan