Search
Close this search box.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Kewangan mempertimbangkan permohonan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk pelancong. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: MOTAC harap kerajaan pertimbang pengenalan GST pelancong

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan permohonan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk pelancong.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini kerana cukai berkenaan lebih telus dan efisien.

“(Ini) secara tidak langsung dapat mengurangkan beban pengguna (pelancong),” katanya ketika Penggulungan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pada masa sama, King Sing berharap agar Cukai Barang Bernilai Tinggi yang bakal dikuatkuasa akan dapat dilaksanakan dengan jelas terutamanya yang melibatkan Skim Bayaran Balik Pelancong.

Berkenaan usaha mempromosikan negara, beliau memaklumkan walaupun MOTAC memberi tumpuan kepada China namun pasaran berpotensi lain tidak akan diabaikan.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri, kita akan buat promosi di negara Timur Tengah.

“Di Rusia pula, (usaha mempromosikan Malaysia) akan dilakukan di Ashgabat dengan bantuan Turkmenistan Airlines,” katanya.

Kepada celahan Datuk Mas Ermieyati Shamsudin (Perikatan Nasional – Masjid Tanah) berkenaan usaha mempromosikan pelancongan di Rusia yang diketahui mempunyai pelancong sanggup berbelanja besar, King Sing berkata, beberapa perkara perlu diperhalusi.

“Rusia (sekarang) perang, (mungkin akan timbul isu jika) rakyat (Tourism Malaysia) pergi ke sana untuk mempromosikan negara kita,” katanya.

Sementara itu, King Sing juga berharap agar semua Ahli Parlimen sentiasa memastikan kawasan pelancongan masing-masing sentiasa dalam keadaan baik, selamat serta berkualiti.

“Semua Ahli Parlimen juga disaran bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penggiat industri pelancongan tempatan bagi meningkatkan pembangunan infrastruktur di kawasan masing-masing.

“MOTAC turut bekerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri dalam memastikan kemudahan awam di lokasi utama di seluruh Malaysia berada dalam keadaan terbaik bagi memudahkan pelancong yang datang ke negara ini,” tambahnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan