Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan operasi JPJ di Butterworth, Pulau Pinang. Foto, TVS.

Parlimen: JPJ keluarkan 578 saman tahun ini kesalahan memandu bawah umur

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak mereka di bawah umur memandu kenderaan bermotor tanpa lesen yang sah.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kesalahan berkenaan boleh diambil mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya ia memperuntukkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“JPJ juga boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa lesen yang sah.

“Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan yang dipandu oleh seseorang yang tidak memiliki lesen yang sah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hasbi menjawab pertanyaan Kapten Azahari Hasan (Perikatan Nasional – Padang Rengas) yang minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah penambahbaikan aspek penguatkuasaan serta perundangan yang sedia ada khususnya terhadap pemandu bawah umur atau mereka yang tidak mempunyai lesen sehingga menyebabkan nahas di jalan raya.

Sementara itu Hasbi memaklumkan, jumlah saman yang dikeluarkan bagi kesalahan memandu di bawah umur bagi tahun ini setakat 29 Februari lepas ialah sebanyak 578 kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan