Search
Close this search box.
Selepas pemeriksaan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah memasang perangkap tikus dan mendapati aduan kehadiran tikus di premis makanan sememangnya berasas. Foto hiasan Envato

MDLBS, MAHB bekerjasama pastikan Lapangan Terbang Sibu bebas tikus

ByBernama

SIBU, 13 Mac: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan bekerjasama dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam memastikan Lapangan Terbang Sibu (LTS) sentiasa bersih dan bebas daripada tikus.

Pengerusinya, Sempurai Petrus Ngelai berkata pihaknya akan sentiasa memantau aktiviti kawalan tikus di premis lapangan terbang itu bagi mengekalkan tahap kebersihannya terus berada dalam keadaan baik.

Ia berikutan aduan mengenai kehadiran tikus di premis makanan di tingkat satu bangunan lapangan terbang itu yang diterima baru-baru ini.

“MDLBS dengan kerjasama MAHB telah menjalankan pemeriksaan ke atas semua premis makanan di LTS dan mendapati tahap kebersihannya memuaskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selepas selepas pemeriksaan pihaknya telah memasang perangkap tikus, dan mendapati aduan itu sememangnya berasas.

MDLBS kemudiannya memaklumkan kepada MAHB mengenai isu tikus itu dan meminta supaya langkah-langkah berkesan dapat diambil agar kehadiran haiwan perosak berkenaan dapat dikawal.

“Kebersihan di lapangan terbang ini adalah perkara yang amat penting, kerana ia merupakan pintu masuk utama ke kawasan bahagian tengah Sarawak,” katanya.

Sempurai seterusnya menggesa orang ramai bekerjasama dan menjadi mata serta telinga MDLBS bagi memantau dan melaporkan sebarang masalah “ketidakselesaan” seperti masalah sampah kepada pihak Majlis.

Beliau berkata MDLBS telah mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sisa pembinaan secara haram di tepi Jalan Tanjung Kibong, Jalan Tanjung Kibong 1 dan Jalan Tanjung Kibong 2, semuanya di kawasan Rantau Panjang.

“Sekiranya anda melihat aktiviti seperti ini bantulah kami dengan mengambil gambar dan hubungi Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Alam Sekitar Rity Jawa atau Penolong Pegawai Kesihatan Alam Sekitar Ling Tung Ang dengan menelefon 084-336077,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan