Search
Close this search box.
Sistem Aliran Transit Automasi (ART) di Kuching-Kota Samarahan yang menggunakan kuasa hidrogen pertama di rantau ini disifatkan sebagai “benar-benar luar biasa” oleh Lembaga Teknologis Malaysia. Foto TVS

‘ART berkuasa hidrogen benar-benar luar biasa’

KUCHING, 13 Mac: Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) di Kuching-Kota Samarahan yang menggunakan kuasa hidrogen pertama di rantau ini disifatkan sebagai “benar-benar luar biasa” oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Presidennya, Prof. Datuk Dr Siti Hamsiah Tapsir berkata ia disifatkan sebagai luar biasa kerana perkembangan ini tidak berlaku di tempat lain di rantau ini melainkan Sarawak.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Dr Siti Hamsiah Tapsir dan delegasi MBOT di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Justeru, MBOT mahu menyokong pembangunan bakat terutamanya dalam bidang teknologi sejajar dengan matlamat kerajaan Sarawak mahu memajukan negeri ini.

“Kami di sini untuk menawarkan sokongan kami dalam mengiktiraf dan meningkatkan bakat dalam Sarawak, memastikan mereka menerima pengiktirafan dan mempertingkatkan peluang mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Siti Hamsiah menambah, MBOT bersedia membantu Sarawak membangunkan 10,000 pakar melalui kerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Persatuan Juruteknik dan Juruteknologi Profesional (APTT), dan Persatuan Teknologi Malaysia (TAM).

Menurut beliau, pihaknya komited untuk tidak hanya mengenal pasti dan menyokong para graduan tetapi juga profesional sedia ada yang boleh mendapat manfaat daripada latihan dan pengiktirafan lanjutan.

Ujarnya, ia termasuk menganjurkan kursus-kursus yang relevan, program bimbingan dan perkongsian industri untuk memastikan graduan bersedia bekerja setelah menamatkan pengajian mereka.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan