Search
Close this search box.
Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie melepasi halangan pertama untuk mara ke pusingan kedua All England 2024 di Birmingham pada Selasa. Foto fail Bernama

All England: Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie melepasi halangan pertama untuk mara ke pusingan kedua All England 2024 di Birmingham pada Selasa.

Pada kejohanan Super 100 yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Pearly-Thinaah memenuhi jangkaan untuk menempah slot ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan profesional negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sen, 21-10, 21-10.

Tugas besar menanti pasangan bukan pilihan Pearly-Thinaah sekiranya pilihan utama dari China, Cheng Qing Chen-Jia Yi Fan menewaskan beregu Taiwan, Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching dalam satu lagi perlawanan pusingan pembukaan yang diadakan lewat hari ini.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon mencatat kemenangan straight set menentang Ko-Chi Chang-Chih Chen Lee dari Taiwan 21-17, 26-24 untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Soon Huat-Shevon bakal bertemu Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China atau pasangan Australia Kenneth Choo-Gronya Somerville, dengan perlawanan mereka juga diadakan lewat hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan