Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi semasa menerima kunjungan hormat daripada delegasi dari UNIMAS yang diketuai Prof Dr Ahmad Hata Rasit di Astana, hari ini. Foto TVS

Tun Dr Wan Junaidi bakal dimasyhur sebagai Canselor UNIMAS

KUCHING, 12 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang baharu.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata perkara ini diutarakan semasa kunjungan hormat kepada Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

“Kita akan majukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan seterusnya Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya setelah mendapat tarikh nanti kita akan buat permasyhuran.

“Semasa pertemuan itu kita juga memberi sedikit sebanyak perkembangan di UNIMAS. Kita akan mengadakan syarahan canselor dengan Tun akan memberikan syarahan kepada peserta dan pelajar,” katanya ditemui selepas kunjungan hormat.

Ahmad Hata berkata, selain pemasyhuran dan majlis syarahan tersebut akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan Canselor pada 2 April 2024.

“Selain itu kita akan mengadakan Majlis Konvokesyen pada 4-8 November. Kita telah memberi beberapa perkembangan UNIMAS dan Tun bersedia untuk hadir,” ujarnya.

Tun Dr Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa 26 Januari 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan