Search
Close this search box.
Lebuhraya Pan Borneo . Foto fail TVS

Parlimen: Lebih 100 km ‘Red Line’ di Pan Borneo Sarawak perlu dibina semula

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Lebih 100 kilometer (km) laluan asal sedia ada (Red Line) sebelum pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak perlu dibina semula dengan kualiti yang lebih baik.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Red Line menjadi sebahagian daripada LPB yang telah siap.

Jelas beliau, semasa permulaan Projek LPB (kerajaan) meluluskan (untuk memasukkan Red Line berkenaan sebagai jajaran LPB) bagi menjimatkan kewangan namun ia tidak melibatkan pembinaan semula ketika itu kerana kualitinya sangat baik.

“(Namun) selepas beberapa tahun, laluan itu sudah rosak, jadi sebab itulah kita (perlu) lengkapkan (bina semula),” katanya ketika Penggulungan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Dato Sri Doris Sophia Brodie (Gabungan Parti Sarawak – Sri Aman) yang menyuarakan masalah dihadapi di jajaran LPB ke Pekan Simanggang.

Menjawab mengenai kualiti LPB yang didakwa berbeza mengikut kawasan, Alexander Nanta mengakui perkara itu disebabkan oleh Red Line.

“Saya terangkan di sini kerana bagi yang menggunakan LPB akan (berkata) eh mengapa kualiti (jalan ada yang) baik, ada juga yang teruk dan sebagainya.

“Memang begitu kerana LPB ini bukanlah sepanjang 780 km dari Telok Melano hingga Miri, semuanya dibuat sebagai projek,” katanya.

Mengenai pembinaan semula itu, Alexander Nanta berkata, jalan 100 km itu perlu dibina semula dan bukan sekadar diturap. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan