Search
Close this search box.
Lau (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada Wong (dua kanan). Foto TVS

KMKK digesa agar memiliki pengetahuan, polisi dan perancangan kerajaan

SIBU, 12 Mac: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa agar mempelajari polisi dan juga perancangan yang dilaksanakan kerajaan negeri dan pusat dalam pembangunan negeri.

Residen Bahagian Sibu, Datu Wong Hee Sieng berkata, KMKK merupakan jambatan antara kerajaan serta rakyat yang mempunyai fungsi penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Menurutnya, hal tersebut dapat memastikan agar KMKK dapat menerangkan dengan tepat dan sahih maklumat berkenaan polisi dan pembangunan terkini yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Bahagian Sibu terdapat dua pembangunan yang amat penting iaitu pembangunan melalui Mid Rejang Development Agency melibatkan Parlimen Selangau serta Kanowit, dan Projek Pembaharuan Semula Bukit Assek.

“Jadi salah satu tugas yang penting saya berikan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum adalah supaya mereka menerangkan polisi dan pembangunan kerajaan kepada rakyat jelata di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming berharap kerajaan negeri mempertimbangkan pelantikan semula KMKK  yang telah tamat tempoh berkhidmat.

Menurutnya,  pada masa ini, terdapat keperluan mendesak untuk lebih banyak pemimpin komuniti Cina dan ketua kampung mengikut peningkatan penduduk serta perumahan di Sibu.

Jelas beliau lagi, kekosongan jawatan KMKK Cina di Sibu dan Kanowit yang belum diisi juga masih banyak dan pihaknya tidak menerima sebarang jawapan bagi rayuan yang dikemukakan untuk pelantikan semula beberapa KMKK yang tempoh perkhidmatannya tamat pada hujung tahun lepas.

“Saya harap kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan dalam perkara ini dan menekankan pemprosesan permohonan pelantikan semula serta pengeluaran surat pelantikan,” katanya.

Beliau turut menasihati KMKK memberikan sepenuh perhatian dan menjalankan tugas mereka dengan tekun dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat serta menyumbang kepada komuniti walaupun tugas tersebut dilihat mencabar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan