Search
Close this search box.
Lagu Ingin Pulang dendangan Amir Jahari nukilan buat anak perantau. Foto TVS

‘Ingin Pulang’ pelengkap lagu ‘Hasrat’ dendangan Amir Jahari nukilan buat anak perantau

KUCHING, 12 Mac: “Kini ku bukan sendiri. Mengharungi kehidupan dikota, mencari rezeki anak isteri. Bersabarlah, kami pasti pulang,” demikian sebaris rangkap bait-bait lirik lagu baharu Amir Jahari, Ingin Pulang yang didedikasikan kepada anak perantau yang berkeinginan mahu pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta.

Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amriullah Jahari, 32, berkata lagu Ingin Pulang dihasilkan selepas menghasilkan lagu Hasrat semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) empat tahun lalu.

“Lagu Hasrat sebenarnya tidak menunaikan hasrat saya untuk pulang ke kampung halaman di Kuching, Sarawak berikutan pelaksanaan PKP dan juga saya mendapat tahu arwah bapa saya menghidap kanser.

“Alhamdulillah, selepas Fasa Peralihan ke Endemik pada dua tahun lalu, saya sempat pulang ke kampung halaman dan menyambut Aidilfitri bersama arwah bapa saya walaupun arwah pada ketika itu sudah terlantar di katil namun itu adalah memori terakhir yang saya tidak dapat dilupakan sehingga kini,” katanya ketika ditemui TVS di sini hari ini.

Beliau menyifatkan proses penghasilan lagu itu adalah sangat bersahaja kerana lagu itu memfokuskan kepada ekspresi emosi yang ingin pulang ke kampung halaman.

Dalam pada itu, beliau tidak menyangka serta masih tidak percaya apabila diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang membawa pulang hadiah utama sebanyak RM100,000 serta trofi bagi lagu Hasrat yang merupakan runut bunyi filem Imaginur lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle.

“Sepanjang 14 tahun bertapak dalam industri muzik di Malaysia, apabila orang menganugerahkan sesuatu kepada kita, itu adalah tanda mereka menghargai karya-karya seni lagu.

“Jadi, penghargaan ini adalah sesuatu yang mahal bagi saya dan saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan serta menyokong perjalanan muzik saya selama ini,” tambahnya lagi.

Hasil kejayaan dirangkulnya pada AJL lalu, Amir telah menghasilkan satu runut bunyi bagi sebuah filem yang akan didendangkan oleh seorang penyanyi tempatan.

Ditanya mengenai perancangan seterusnya selepas ini, Amir berkata beliau akan mengeluarkan album baharu yang ketiga pada 31 Mei ini serta lagu iringan iaitu Kenangan untuk tatapan para peminatnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan