Search
Close this search box.
Polis menjumpai semula sepasang kasut berharga RM600 yang dicuri dari sebuah kondominium selepas menahan suspek lelaki berusia 22 tahun di Batu Uban, Bayan lepas semalam. Foto IPD Barat Daya

Gara-gara curi kasut bernilai RM600, lelaki dicekup polis

GEORGE TOWN, 12 Mac: Tindakan seorang lelaki mencuri sepasang kasut berjenama berharga RM600 mengundang padah apabila dia ditahan polis di rumahnya di Batu Uban, Bayan Lepas dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek ditahan kira-kira 11.20 malam selepas menerima laporan daripada mangsa berhubung kecurian kasut yang berlaku di sebuah kondominium di Lengkok Kelicap, Bayan Lepas.

Menurutnya, polis berjaya mengesan suspek berusia 22 tahun itu berdasarkan Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang terdapat di rumah mangsa.

“Polis turut menjumpai semula kasut berjenama Adidas berwarna merah yang bernilai RM600 di bahagian ruang tamu rumah suspek.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku mencuri kasut itu untuk dijual kepada orang lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, lelaki itu didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan