Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah enggan mengulas mengenai isu seorang lelaki bukan Islam yang mengahwini dua wanita serentak. Foto Mohd Raffiq (TVS)

Fatimah enggan ulas lanjut mengenai lelaki bukan Islam kahwin dua wanita serentak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 12 Mac: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah enggan mengulas terperinci mengenai isu seorang lelaki bukan Islam yang mengahwini dua wanita serentak seperti tular di media sosial, hari ini.

Bagaimanapun beliau secara umum berkata masyarakat bukan beragama Islam di Malaysia hanya dibenarkan berkahwin dengan seorang pasangan sahaja mengikut undang-undang.

“Dari segi undang-undang, saya rasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga bersetuju, kita mempunyai undang-undang sivil perkahwinan, kita juga ada perkahwinan orang Islam dan kemudian jenis ketiga di Sarawak ialah perkahwinan mengikut adat.

“Oleh itu, setiap satu (undang-undang) itu ada peraturannya tersendiri dan saya rasa JPN juga telah memberikan jawapan yang tepat mengenainya, iaitu undang-undang sivil hanya (boleh berkahwin) satu,” katanya ketika diminta mengulas semasa sidang media di sini, hari ini.

Pagi ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki berbangsa Cina yang bukan beragama Islam mengahwini dua wanita secara serentak.

Ekoran itu, orang ramai mempersoalkan kesahan status perkahwinan itu di sisi undang-undang di negara ini mengenai status lelaki itu yang bukan beragama Islam tetapi berkahwin lebih daripada satu.

Walaupun poligami sah di Malaysia dalam bentuk poligami iaitu antara seorang lelaki hingga empat isteri, tetapi ia dibenarkan bagi orang Islam sahaja.

Bagi bukan Islam pula, poligami tidak dibenarkan di bawah Undang-undang Persekutuan Malaysia – Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 kerana undang-undang hanya mengiktiraf perkahwinan monogami dan mana-mana perkahwinan selain daripada itu dianggap tidak sah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan