Search
Close this search box.
Jenazah anggota polis yang terkorban dalam kemalangan jalan raya Kilometer 140 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara berhampiran Juru Auto City, Bukit Mertajam dekat sini dibawa pulang ke kampung halamannya di Kamunting, Perak hari ini. Foto TVS

Anggota polis maut motosikal ditunggang terbabas

GEORGE TOWN, 12 Mac: Seorang anggota polis terkorban selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 140 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Juru Auto City, Bukit Mertajam dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kejadian kira-kira 11 malam itu menyebabkan Konstabel Nur Hazim Abdul Hamid, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ujarnya, kejadian berlaku semasa mangsa sedang dalam perjalanan dari kampung halamannya di Kampung Pinang Seberang, Kamunting, Perak menuju ke tempat bertugas di Balai Polis Dato Keramat di sini.

“Motosikal ditunggangnya dikatakan terbabas sendiri sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halamannya untuk dikebumikan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Seberang Jaya,” katanya kepada pemberita hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan