Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis (tengah) semasa Taklimat Khas Pembangunan Sekolah Daif di Bahagian Sri Aman, hari ini. Foto TVS

35 sekolah di Bahagian Sri Aman tergolong dalam kategori daif

SRI AMAN, 12 Mac: Sekolah daif yang berada dalam skala enam dan tujuh di Bahagian Sri Aman perlu segera dinaik taraf atau dibina baru, kata Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan perlu memberi tumpuan kepada sekolah yang berada di skala tertinggi terlebih dahulu seterusnya kepada sekolah pada skala lima dan ke bawah.

“Kita mesti menyelesaikan naik taraf atau bina baru sekolah daif dalam skala enam dan tujuh terlebih dahulu dan baharulah kita teruskan tindakan bagi sekolah dalam skala lima dan empat,” katanya semasa Taklimat Khas Pembangunan Sekolah Daif di Bahagian Sri Aman di sini, hari ini.

Tambahnya masih terdapat banyak sekolah daif di Sarawak yang memerlukan perhatian daripada Kementerian Pendidikan untuk dinaik taraf.

Ujarnya aspek keselamatan, kebajikan serta keselesaan semua kakitangan bersama murid-murid di sekolah daif ini perlu diberi keutamaan.

Menurutnya lagi, di Bahagian Sri Aman terdapat 35 sekolah daif di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman dan Lubok Antu.

“Saya berharap dengan program-program yang kita dah rancang mendapat kelulusan peruntukan sama ada dari Kementerian Pendidikan dan juga dibantu Kementerian Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan