Tiga penjenayah Geng Centro maut selepas berbalas tembakan dengan polis

KUANTAN, 12 Mac: Tiga penjenayah warga asing dikenali sebagai anggota ‘Geng Centro’ yang disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah masuk kedai emas melibatkan jumlah kerugian lebih RM4 juta ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di KM 17 Jalan Pekan – Kuantan Bypass semalam.