Search
Close this search box.
Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi menerima kunjungan hormat Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak di Dewan Mengadap Utama, Astana Negeri. Foto TVS

Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat MAKSAK

ByDouglas Elliot

KUCHING, 11 Mac: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi menerima kunjungan hormat Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak di Dewan Mengadap Utama, Astana Negeri, hari ini.

Delegasi tersebut diketuai isteri kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang yang memberitahu kunjungan tersebut adalah untuk memberi penghormatan kepada Toh Puan sebagai penaung MAKSAK Wanita.

“Selain itu, kunjungan hormat ini juga bertujuan untuk berkongsi dengan beliau aktiviti-aktiviti MAKSAK Wanita seperti acara sukan, kebajikan, pendidikan serta aktiviti lain yang akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Toh Puan turut menemani Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada delegasi International Advisors of United Society Partnership in the Gospel (USPG). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan