Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menyerahkan sumbangan dana bagi membiayai aktiviti teater IPG Batu Lintang kepada Dr Abang Ismail Abang Julhi. Foto Saibi (TVS)

Seni teater mampu menyemai nilai kemanusiaan

KUCHING, 11 Mac: Pembabitan dalam pementasan teater akan mengukuh jati diri dan tahap kepedulian yang tinggi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Menurutnya, teater bukan sekadar berlakon, tetapi membawa pengertian yang lebih mendalam terutama bagi para pelakon dalam kehidupan seharian, malah membawa kritikan sosial kepada masyarakat.

Dalam teater ini kita banyak belajar, sebab itulah teater ini bukan berlakon semata-mata. Banyak kaedah atau amalan dalam seni lakonan teater berkait rapat dengan suasana atau pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan sebenar.

“Contohnya ialah ‘sedar ruang’ di atas pentas secara simboliknya bermaksud kita mesti peka dengan suasana sekeliling kita dalam masyarakat,” katanya berucap semasa pementasan teater Gejolak, Apresiasi Puisi-puisi Usman Awang di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di sini, malam tadi.

Menurutnya, pendedahan bakal guru dalam seni pentas teater mampu membentuk jati diri warga pendidik ini menjadi lebih cekal dan keyakinan diri yang tinggi.

Mengenai teater karya Dr Hasnalee Tubah, beliau mengulas secara keseluruhan pementasan berkisar tentang pembinaan jambatan di sebuah kampung itu, menghiburkan dan berjaya mengupas isu masyarakat.

“Kita akan menghadapi dalam ‘isu pembinaan jambatan’ dalam kehidupan seharian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang Dr Abang Ismail Abang Julhi berkata pementasan teater oleh guru-guru pelatih membuktikan mereka bukan sahaja layak menjadi guru, malah sebagai individu yang serba boleh.

“Saya nak supaya anak-anak didik kita apabila kita lontar di laut menjadi pulau, apabila ditikam di darat menjadi gunung dan apabila dihambur ke udara menjadi bintang-bintang yang bergemerlapan,” katanya.

Teater Gejolak mengisahkan tentang sebuah kampung bernama Kampung Gersak yang mempunyai sebatang sungai yang sering meragut nyawa penduduk kampung itu sendiri kerana arus yang deras.

Ramai penduduk membantah rancangan kerajaan untuk membina jambatan di sungai itu, terutama para penambang perahu yang bergantung hidup kepada sungai itu untuk mencari nafkah.

Bagaimanapun, masalah itu akhirnya selesai meskipun berhadapan dengan tentangan.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyerahkan dana bagi membantu penggiat teater dari institut itu untuk membiayai aktiviti berkaitan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan