Search
Close this search box.
Identiti lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan di saliran longkang monsun berhampiran sebatang anak sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan petang tadi dikenal pasti sebagai warga Indonesia. Foto hiasan Bernama

Polis tahan lelaki bergelar ‘Datuk’ untuk bantu siasatan kes ugut

ByBernama

PASIR MAS, 11 Mac: Polis menahan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ hari ini, yang merupakan salah seorang daripada empat yang dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki bergelar Datuk yang berumur 56 tahun itu ditahan di simpang empat Binjai di sini kira-kira pukul 6 pagi tadi ketika sedang memandu kenderaan secara bersendirian, dan dia kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Perintah reman telah dikeluarkan oleh Mahkamah Kota Bharu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Go To Safety Point di perkarangan stesen Petronas Chetok, di sini.

Beliau berkata, lelaki itu yang juga presiden sebuah kelab tinju profesional negeri turut disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan