Search
Close this search box.
Pindaan tentang kewarganegaraan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja serta persetujuan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.Foto, Bernama.

Parlimen: Pindaan kewarganegaraan perlu ‘lampu hijau’ Majlis Raja-Raja, Kerajaan Sabah, Sarawak

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Pindaan melibatkan kewarganegaraan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja serta persetujuan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, ini selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Pesekutuan.

Sehubungan itu jelas beliau, pindaan berkenaan bukanlah keputusan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri.

“(Berhubung) isu warganegara, saya hendak sebut, bertindak atas kes Suriani Kempe, kerajaan mengambil keputusan iaitu perkara tentang warganegara dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah digubal perkara dasar yang telah ditetapkan, ia pindaan yang dilakukan oleh kerajaan setelah keputusan dasar dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Penggulungan Menteri pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Berhubung kementerian yang bertanggungjawab ke atas perkara itu, Saifuddin memaklumkan kepada sidang dewan ia tertakluk di bawah kementeriannya.

“Keputusan dasar diberi, Kementerian Dalam Negeri bentang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja, kenapa kerana Perlembagaan Persekutuan kata hendak pinda tentang warganegara, lampu hijau Majlis Raja-Raja hendaklah diberikan selain persetujuan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak, itu prasyarat,” katanya.

Saifuddin berkata, KDN telah menubuhkan satu pasukan penyelidik untuk menyelesaikan perkara itu.

“Kita selidik 840 akta yang ada dalam negara supaya wujud keseragaman dan tidak berlaku percanggahan.

“Kita juga melihat penggunaan perkara yang sama di peringkat antarabangsa, negara-negara Komanwel dan bukan Komanwel,” katanya.

Hasil penyelidikan jelas Saifuddin akan dibuat matriks pindaan membabitkan perkara yang perlu dipinda, digugurkan serta perkara baharu yang akan diperkenalkan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan