Search
Close this search box.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mensasarkan untuk mengeksport sehingga 4,000 kontena nanas ke pasaran global dalam masa terdekat.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Kerajaan sasar eksport 4,000 kontena nanas ke pasaran global

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mensasarkan untuk mengeksport sehingga 4,000 kontena sebulan nanas ke pasaran global dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, menerusi konsep ‘sekali tanam tiga kali tuai’, ia telah menarik minat sektor swasta dan pekebun kecil tempatan untuk melibatkan diri dalam penanaman komoditi tersebut.

“KPKM telah mengenal pasti produk nanas yang mempunyai potensi pasaran yang perlu diberi perhatian.

“Permintaan produk nanas sangat tinggi di pasaran antarabangsa. Setakat ini kita (Malaysia) hanya mampu menyediakan 800 kontena sahaja sebulan,” katanya pada Penggulungan Menteri pada Sidang Parlimen hari ini.

Jelas Mohamad Sabu, Malaysia mempunyai potensi yang besar menjadi pengeluar nanas dan kementeriannya menetapkan bermula tahun ini sehingga 2026 negara boleh mencapai sasaran mengeksport 4,000 kontena nanas.

“KPKM juga menjalankan usaha berterusan dalam membantu memperkasasan produk yang dikeluarkan pengusaha tempatan sehingga mempunyai peluang untuk dieksport ke luar negara seperti China dan Amerika Syarikat,” tambahnya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan sehingga Disember 2023 sebanyak 50 produk agro makanan usahawan kecil dan sederhana tempatan telah berjaya dipasarkan di luar negara.

“(Sebanyak) 12 syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga berjaya didaftarkan di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan