Search
Close this search box.
Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berucap semasa Majlis Makan Malam dan Anugerah Wanita Inspirasi 2024 di Kota Kinabalu, malam tadi. Foto Salasiah (TVS)

Hal ehwal wanita lebih terurus jika ada kementerian wanita di Sabah

BySalasiah Safian

KOTA KINABALU, 11 Mac: Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputra Sabah (IKSnita) mencadangkan kepada kerajaan Sabah supaya mewujudkan kementerian wanita.

Presidennya, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata dengan adanya kementerian tersebut, perihal wanita di Sabah akan lebih diberi perhatian.

“Sebab kita sekarang ini di Sabah, kementerian wanita tidak ada, yang ada jabatan sahaja. Dengan adanya kementerian wanita yang betul-betul mengurus kita ini, kita akan lebih cemerlang, kita akan lebih diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Malam dan Anugerah Wanita Inspirasi 2024 bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di sini, malam tadi.

Setakat ini, Sabah hanya mempunyai Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah yang diketuai oleh Haslina Ismail sebagai Pengarah JHEWA.

JHEWA Sabah adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam kemajuan dan pembangunan wanita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan