Search
Close this search box.
Dato Norhyati Ismail bersama para penerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024 di Kota Kinabalu, malam tadi. Foto Salasiah Salfian (TVS).

Anugerah Wanita Inspirasi iktiraf sumbangan wanita

BySalasiah Safian

KOTA KINABALU, 11 Mac: Pemberian anugerah seperti Anugerah Wanita Inspirasi 2024 merupakan satu pengiktirafan bagi menghargai sumbangan wanita.

Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Dato Norhyati Ismail yang merupakan salah seorang penerima daripada 100 wanita inspirasi berkata, wanita memainkan banyak peranan dalam kehidupan seharian.

“Saya rasa kita amat menghargai pengiktirafan seperti ini sebagai wanita dan itu sebagai penyuntik semangat untuk wanita untuk terus ke hadapan setanding lelaki.

“Kita tak perlu bersaing dengan lelaki, tapi kita sama berganding untuk mencapai kecemerlangan negara. Itu yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS semasa majlis penyampaian anugerah tersebut di sini, malam tadi.

Sementara itu, salah seorang lagi penerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024, Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Aishah Edris pula berkata, anugerah yang diterima merupakan titik permulaan bagi pihaknya menjalinkan hubungan rapat dengan badan bukan kerajaan (NGO) wanita di Sabah.

“Ini peringkat NGO, untuk menjalinkan lagi perhubungan rapat antara NGO wanita di Sarawak dengan NGO di Sabah ya. Inilah pembuka jalan untuk kita mengadakan lebih banyak lagi kolaborasi dengan NGO di Sabah ini. Kita bersyukur. Kita amat berterima kasih dengan IKSNITA kerana mengiktirafkan juga kita wanita dari negeri Sarawak,” ujarnya.

Bagi usahawan wanita dari Lun Bawang, Lawas Nur Rahmah Ranong Abdullah pula, anugerah seumpama ini dapat menjadi motivasi kepada komuniti wanita terutama mereka yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

“Pengiktirafan seperti ini sebenarnya memberi motivasi kepada wanita terutamanya usahawan wanita dan juga generasi wanita akan datang kerana setiap usahawan wanita penuh dengan aspirasi yang dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan negara,” jelasnya.

Sepuluh wanita dari Sarawak menerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024 di sebuah majlis berprestij yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan