Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Johan qari, Ahmad Mukhlis Yahya dan johan qariah Nur Syakura Mohamad Musa di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63. Foto Awang Azmil (TVS)

Usaha, dampingi guru rahsia kejayaan kekal johan qariah

ByHafeezzur Muzamir

LIMBANG, 9 Mac: Berusaha dengan lebih gigih dan sentiasa menuntut ilmu dengan guru menjadi rahsia kejayaan Nur Syakura Mohamad Musa,29, yang dinobatkan sebagai johan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63.

Menurut Nur Syakura, dirinya memberi penekanan terhadap latihan meskipun sudah meraih johan qariah sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada edisi tahun lalu.

“Saya beri fokus terhadap latihan iaitu dari segi bacaan, memperbanyakkan talaqqi dan berjumpa dengan guru kerana cabang ilmu Al-Quran memang memerlukan usaha yang lebih.

TYT Sarawak hadiri Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak

“Ilmu yang kita belajar ini bukannya mudah tetapi menerusi ilmu ini, ia akan jadi syafaat di hari akhirat kelak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak, di sini, malam ini.

Sementara itu, johan qari, Ahmad Mukhlis Yahya berkata, usaha tanpa berputus asa menjadi azimat buat dirinya dalam mengejar impian menjadi johan setelah lapan kali mencuba sejak 2016.

“Pertama sekali, saya memang kena kuatkan semangat sebab nak bangkit daripada kegagalan, perlu kuatkan mental dan tambah baik latihan.

“Kekuatan mental penting kerana di atas pentas macam-macam boleh berlaku kepada peserta macam saya, jadi saya perlukan kekuatan itu untuk kekal tenang semasa memperdengarkan bacaan,” katanya.

Ahmad Mukhlis, Nur Syakura johan qari dan qariah tilawah Al-Quran peringkat Sarawak

Kemenangan Nur Syakura dan Ahmad Mukhlis melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah, piala pusingan dan iringan serta sijil.

Kedua-dua mereka akan mewakili Sarawak dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan selepas ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan