Search
Close this search box.
Kehadiran Datuk Abdullah Saidol memeriahkan Program Tahun Baharu Cina di Tulai Bintangor. Foto TVS

UKAS jambatan penghubung kerajaan dan rakyat

SIBU, 10 Mac: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang ditubuhkan kerajaan berperanan penting sebagai medium penghubung maklumat dua hala antara kerajaan dan rakyat.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Ukas), Datuk Abdullah Saidol berkata, agensi itu berfungsi sebagai penyalur maklumat dan berita sahih tentang polisi dan perancangan pembangunan kerajaan.

Pada masa yang sama katanya, pegawai UKAS di setiap daerah dan bahagian Sarawak juga bertanggungjawab untuk sentiasa peka terhadap isu masyarakat di samping menyediakan laporan untuk perhatian dan tindakan kerajaan.

Malah katanya, pegawai UKAS yang bertugas di setiap daerah dan bahagian Sarawak turut memantau pergerakan dan aktiviti kerja wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum menyalurkan laporan bulanan terus kepada Premier Sarawak.

“Malah, semua wakil rakyat GPS sering diberi peringatan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memberi perhatian sepenuhnya tanggungjawab mereka terhadap masyarakat yang diwakili,” katanya.

Ketika diminta mengulas tentang bagaimana cara kerajaan mendapatkan maklumat pantas pelbagai isu berkaitan masyarakat Abdullah menjelaskan, selain laporan bulanan UKAS kepada Premier, ada kementerian, pejabat residen atau daerah mengunakan saluran Kumpulan WhatsApp.

Melalui pendekatan itu katanya, semua wakil rakyat, pegawai agensi, ketua masyarakat, kaunselor dan wakil pusat khidmat yang berkenaan akan mengemukakan pelbagai bentuk aduan dan nada keresahan masyarakat melalui kumpulan WhatsApp tersebut.

“Penyaluran maklumat dua hala antara rakyat dan perancang pembangunan masyarakat amat penting bagi memastikan setiap pelaksanaan pembangunan mesti memenuhi keperluan golongan sasaran,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Tiong Hua di Tulai Bintangor.

“Saya juga menyeru masyarakat Tulai yang sebahagian besarnya pekebun sayur dan buah-buahan untuk terlibat dengan perancangan kerajaan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pengeluar makanan utama.

“Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada makanan import,” tambahnya.

Pada majlis yang sama, beliau menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Premier Sarawak dan RM10,000 dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) beliau sendiri yang juga ADUN Semop kepada Persatuan Sosial masyarakat Tulai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan