Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohammad Sanusi. Foto Awang Azmil (TVS)

TYT Sarawak hadiri Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

LIMBANG, 9 Mac: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Sarawak Kali Ke-63 di Dewan Suarah Limbang, di sini, malam ini.

Beliau yang hadir bersama isterinya, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi tiba di dewan itu pada jam 8 malam dengan sempat beramah mesra bersama petugas dan hadirin yang hadir sebelum majlis bermula pada jam 8:30 malam.

Ahmad Mukhlis, Nur Syakura johan qari dan qariah tilawah Al-Quran peringkat Sarawak

Pada majlis itu, Tun Dr Wan Junaidi menyampaikan hadiah kepada peserta dari Bahagian Sarikei dan Kuching iaitu Ahmad Mukhlis Yahya dan Nur Syakura Mohamad Musa selepas mereka dinobatkan sebagai qari dan qariah pada tahun ini.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah, piala pusingan dan iringan serta sijil.

Dalam pada itu, bagi kategori juzuk 1-20 pula menjadi milik Muhammad Nadjat Arsyad Madzalan Abdul Rahman dan Nurul Izzah Mukhali dengan kategori juzuk 1-30 pula diungguli Muhammad Arif Muadzam

Johan hafazan Al-Quran kategori 1-30 juzuk membawa pulang wang tunai RM5,000, johan kategori 1-20 juzuk dengan RM4,000 dan johan kategori 1-10 sebanyak RM3,000.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai Pengerusi Jemaah Hakim majlis itu.

Seramai 45 peserta dari seluruh Sarawak mengambil bahagian pada tahun ini yang berlangsung di Dewan Suarah Limbang dari 6 hingga 9 Mac.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan