Search
Close this search box.
Pemain cilik asal Sarawak, Ryoga Kho ketika beraksi dalam Kejohanan Tenis Malaysia Junior Leg 2.

Ryoga Kho juara keseluruhan Kejohanan Tenis Malaysia Junior Leg 2

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Mac: Pemain cilik berasal dari Sarawak Ryoga Kho muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Tenis Malaysia Junior Leg 2 yang berakhir di Johor semalam

Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Stampin itu menang dalam kedua-dua kategori perseorangan dan beregu yang dipertandingkan pada kejohanan itu.

Dalam perlawanan perseorangan, Ryoga berjaya menumpaskan lawannya dari Selangor Mark Zoo-M dengan kiraan mata 6-1, 6-4 manakala dalam acara beregu, Ryoga bersama gandingannya dari Kuala Lumpur, Oezil Ajib berjaya mengutip mata sebanyak 4-2, 0-4, 10-7 selepas menumpaskan lawannya juga Mark Zoo-M dan Atif Izzuddin dari Kedah.

“Saya gembira dengan cara saya bermain dan berharap dapat menyertai pasukan kebangsaan. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih saya dan ibu yang sentiasa menyokong minat dalam sukan tenis ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Lim Zan Ning merupakan idolanya dalam sukan itu, dia bukan sahaja handal bermain tenis malah sering menanam rasa minat terhadap sukan tenis dan melakukan kerja tanpa membiarkan emosi menguasai diri.

Kemenangan Ryoga pada Kejohanan Tenis Malaysia Junior Leg 1 pada Februari lepas dan Leg 2 ini telah meletakkannya di tangga teratas peringkat kebangsaan bagi kategori Kanak-Kanak Lelaki Bawah 12 Tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan