Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili. Foto ACP Zulkipli Suhaili

Polis berkas lima individu terlibat dalam rusuhan di Sibu

SIBU, 10 Mac: Polis memberkas lima individu yang terlibat dalam kejadian rusuhan di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi semalam yang menyebabkan empat individu mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan yang kemudiannya mencetuskan rusuhan sehigga ke luar pusat hiburan pada jam 1.44 pagi.

Menurutnya, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas lima suspek lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 55 tahun yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Punca kejadian dipercayai berlaku apabila salah seorang suspek dalam keadaan mabuk telah mengganggu ahli keluarga mangsa yang sedang minum di lokasi kejadian sehingga mencetuskan pertengkaran mulut dan pergaduhan hingga ke luar pusat hiburan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Akibat itu, katanya empat individu telah mengalami kecederaan dan telah mendapat rawatan di Hospital Sibu.

“Semakan pihak kami mendapati dua daripada suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu empat kes jenayah dan satu kes narkotik.

“Kesemua tangkapan akan dipohon tahanan reman untuk siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan pihak polis masih berusaha mengesan saki baki suspek yang masih bebas,” jelasnya lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan hukuman bagi kesalahan ini adalah penjara boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini disarankan agar tampil memberi maklumat kepada pihak polis di talian 084-344111 atau 011-31873715 Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd. Azid. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan