Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap di Majlis Perasmian Penanguhan Festival Layang-Layang Sedunia Kabong (KIKF) 2024 di Dewan Pantai Tanjung Kembang, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Pengambilalihan MASwings dimuktamadkan hujung tahun ini – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KABONG, 10 Mac: Kerajaan Sarawak dijangka memuktamadkan proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) pada hujung tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  berkata, usaha itu secara tidak langsung dapat meringankan beban rakyat Sarawak, terutama ketika musim perayaan.

“Masalah ini timbul sewaktu musim perayaan khasnya bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah, harga tiket melonjak.Kadang-kadang harga tiket melonjak hingga RM1,000. Bagus melancong ke Hong Kong.

“Malah, pelajar-pelajar kita yang belajar di luar Sarawak seringkali menghadapi masalah ini dan kita akan memberi subsidi kepada harga tiket penerbangan untuk mereka pulang ke kampung halaman bagi menyambut musim perayaan bersama ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penanguhan Festival Layang-Layang Sedunia Kabong (KIKF) 2024 di Dewan Pantai Tanjung Kembang, di sini, hari ini.

Abang Johari berharap dengan pengambilalihan syarikat penerbangan itu, ia dapat membantu masalah yang dihadapi rakyat.

Tegasnya lagi, usaha itu juga dapat menarik lebih ramai pengunjung ke daerah Kabong memandangkan festival itu disenaraikan Kalendar Acara Pelancongan Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa 12 projek jambatan yang bakal dihubungkan menggunakan jalan darat, termasuk untuk seluruh kawasan pesisir yang sememangnya mempunyai banyak sungai, dengan siapnya projek jambatan berkenaan ia akan memberi manfaat kepada pembangunan di kawasan pesisir khususnya bagi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

“Apabila siap, ia dijangka memendekkan masa perjalanan dari enam jam kepada dua jam setengah dari Kuching ke Sibu dan sebaliknya.

“Sudah tentu perjalanan ke Kabong tidak sampai dua jam. Jika ada pesta besaran di Kabong, orang luar pasti akan turut datang berkunjung di sini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Abang Johari sebelum ini pernah memberitahu Kerajaan Sarawak merancang untuk mengadakan penerbangan jarak jauh dalam rantau Asia.

Sasaran utama Kerajaan Sarawak adalah untuk mengadakan penerbangan jarak jauh yang mengambil masa enam hingga tujuh jam.

Selain penerbangan ke Semenanjung, antara destinasi jarak jauh yang dirancang termasuk Korea, Jepun, Hong Kong, India serta satu destinasi di Australia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan