Search
Close this search box.
Mayat seorang bayi perempuan ditemukan di dalam parit berdekatan tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, Parit, hari ini. Foto PDRM

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam parit

ByTVS

IPOH, 10 Mac: Seorang bayi perempuan yang baharu dilahir ditemukan mati di dalam parit berdekatan tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, Parit dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung penemuan itu kira-kira 3.15 petang.

Katanya, mayat bayi tersebut dijumpai dalam keadaan tanpa berpakaian dan tali pusatnya disyaki telah dipotong.

“Mayat ditemukan dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dalam parit. Pemeriksaan secara fizikal mendapati tiada kesan kecederaan luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hafezul, proses bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Changkat Melintang, Bota oleh pakar perubatan forensik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Ujarnya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-974 0294 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan