Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM 1 bilion untuk membangunkan sistem pengairan mampan bagi projek penanaman padi berskala besar. Foto Luqman Muhammad (TVS)

Malaysia perlu bersedia lebih awal atasi pengehadan negara luar eksport beras – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

SRI AMAN, 10 Mac: Malaysia perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi pengehadan negara luar  mengeksport beras ke Malaysia bagi memastikan keterjaminan makanan negara.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, justeru Sarawak mengambil langkah kehadapan sesuai keluasan geografinya untuk menyumbang kepada pengeluaran beras dalam negara.

Sarawak komited capai 100 peratus pengeluaran padi menjelang 2030

“Malaysia boleh mengeluarkan beras jika kita bandingkan dengan saiz negara Vietnam. Begitu juga India pada hari ini telah mula mengehadkan eksport beras mereka, sekiranya Vietnam juga bertindak sedemikian bagaimana kita hendak menampung keperluan beras di Malaysia?.

“Takkan sudah terhantuk baharu nak mula? tidak boleh seperti itu. Malaysia mesti bersedia lebih awal,” kata Abang Johari ketika diminta mengulas pertanyaan pemberita susulan ketidaktentuan harga beras yang diimport dari negara luar.

Seluas 1,500 hektar tanah di Sri Aman dibangunkan bagi projek jelapang padi

Terdahulu Abang Johari mendengar taklimat mengenai projek jelapang padi oleh Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak di Stumbin Certified Paddy Seeds Production and Processing Centre (SPPS) di sini, hari ini.

Sebaik tiba di Sri Aman, Abang Johari terus bergerak ke tapak projek jelapang padi bagi meninjau pelaksanaan penanaman padi milik Advansia (Sarawak) Sdn Bhd dan BERNAS (Sarawak). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan