Search
Close this search box.
Datuk Len Talif menyampaikan sumbangan sempena Kembali Ke Sekolah di Tanjung Manis dan Sarikei hari ini. Foto TVS

Len Talif teruskan tradisi bantu ringan beban ibu bapa pelajar di DUN Kuala Rajang

TANJUNG MANIS, 10 Mac: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh meneruskan bantuan tradisi meringankan beban ibu bapa melalui Program Kembali Ke Sekolah yang kini memasuki edisi ke-13.

Ia merupakan sebahagian pendekatan untuk memudahkan urusan ibu bapa melakukan persiapan menjelang pembukaan penggal persekolahan, program itu melibatkan seramai lebih 1,000 orang pelajar dari 19 buah sekolah di Zon Tanjung Manis dan Sarikei.

Menurut Len Talif, jumlah penerima bergantung kepada maklumat guru atau guru besar di sesebuah sekolah.

“Ini merupakan salah satu acara tradisi saya sejak menjadi wakil rakyat di Kuala Rajang,” katanya kepada media hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap sumbangan menyuntik semangat penerima untuk menjadi insan terbaik dan belajar bersungguh -sungguh demi membina masa depan yang lebih cemerlang.

Serentak itu katanya, Program Gunting Rambut Percuma anjuran Belia N.41 Kuala Rajang yang berlangsung selama dua hari pula melibatkan penyertaan lebih 500 orang murid sekolah.

“Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran program ini yang berorientasikan kebajikan ini, ” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan