Search
Close this search box.
Barisan pemain futsal lelaki dan wanita Kuching meraikan kejayaan muncul juara futsal MAKSAK Sarawak antara bahagian tahun 2024. Foto TVS

Kuching dominasi futsal MAKSAK

ByTVS

KUCHING, 10 Mac: Kuching meneruskan dominasi Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Sarawak) apabila pasukan lelaki dan wanitanya menjuarai edisi kali ini.

Pasukan Kuching B muncul juara setelah menewaskan pasukan Kuching A melalui penentuan sepakan penalti manakala pasukan Kuching B kategori wanita berjaya menundukkan pasukan Miri pada perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Sukan Simpang Tiga hari ini.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa piala dan medal kejohanan tersebut.

Kesemua pasukan yang mewakili daerah masing-masing menerima plak yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik.

Hadir sama Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman (UNIONS) merangkap Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak, Semawi Mohamad dan Residen Bahagian Kuching merangkap Pengerusi MAKSAK Bahagian Kuching, Norleha Shariff. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan