Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir ke Majlis Malam Perpaduan Etnik Orang Ulu Sarawak di Dewan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) di Kuching, malam tadi. Foto TVS

Generasi muda perlu warisi seni budaya

KUCHING, 10 Mac: Warisan seni budaya setiap bangsa di Sarawak khasnya perlu diturunkan kepada generasi muda bagi mengekalkan identiti keturunan mereka sendiri yang secara tidak langsung membantu mengangkat martabat kesenian dalam kalangan pelbagai kaum di negeri ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, amalan budaya tradisional sesuatu masyarkat melambangkan sifat dan identiti sesuatu kaum.

“Oleh itu, keunikan bakat dalam setiap kaum perlu diturunkan kepada generasi muda untuk pembangunan kesenian Sarawak ke peringkat lebih tinggi sekali gus sebagai inisiatif agar ia tidak ditelan zaman. Di dalam kita merealisasikan warisan dan seni kita terutamamya kepada golongan yang muda orang belia kata orang kalau tak ada yang lama tak ada yang baharu kalau tak ada yang tua tak ada yang muda.

“Contohnya dalam seni tarian setiap suku kaumnya mempunyai tariannya sendiri, permainan muzik, membuat kraftangan dan sebagainya kalau boleh kita ajar mereka yang lebih muda,” katanya ketika berucap di Majlis Malam Perpaduan Etnik Orang Uku Sarawak di Dewan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) di sini, malam tadi.

Tambah beliau, Dana khas yang diwujudkan Kerajaan Sarawak iaitu Dana Mudah Cara diyakini membantu penggiat seni menganjurkan pelbagai program sekali gus mengangkat martabat kesenian dalam kalangan pelbagai kaum di negeri ini.

“Oleh itu, saya menyeru agar individu berbakat tampil ke hadapan untuk mengetengahkan budaya yang ada Sarawak.Ini kerana Kerajaan Sarawak telah memberikan platform berserta dana yang boleh digunakan para penggiat seni mengadakan pelbagai aktiviti kesenian di negeri ini,” ujarnya.

Katanya,bangsa melambangkan identiti yang diwarisi mengikut kumpulan etnik masing-masing dan warisan tersebut perlu dipelihara daripada mengalami kepupusan dari segi bahasa, budaya dan juga kesenian.

“Setiap pelajar anak Sarawak harus membawa baju tradisional masing-masing bersama mereka semasa melanjutkan pelajaran ke universiti di Semenanjung Malaysia mahupun di luar negara.Ia bertujuan untuk memaparkan keunikan baju tradisional, budaya sekali gus memperlihatkan identiti bangsa salah satu etnik dari suku kaum di Sarawak.

“Sebab bangsa kita adalah identiti, saya sering katakan kepada anak-anak kita yang belajar sama ada di Semenanjung Malaysia ataupun di luar negara. Kalau kamu orang Sarawak sama ada kamu Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Cina, Melayu, atau Melanau bawa baju tradisional kamu ke universiti kamu,” jelasnya.

Pada majlis itu beliau memberikan sumbangan dana sebanyak RM30,000 kepada Pertubuhan Warisan Kebudayaan Orang Ulu Sarawak (PEWAKOUS). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang turut memberikan sumbangan dana sebanyak RM10,000 kepada persatuan tersebut sebagai tanda sokongan terhadap mereka. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan