Search
Close this search box.
Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Datuk Norhyati Ismail antara 10 wanita Sarawak yang menerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024. Foto Salasiah Safian (TVS)

Dato’ Norhyati Ismail antara 10 wanita Sarawak terima Anugerah Wanita Inspirasi 2024

BySalasiah Safian

KOTA KINABALU, 10 Mac: Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato’ Norhyati Ismail antara 10 wanita Sarawak yang menerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024 berdasarkan penilaian yang buat pihak University Lincoln Kuala Lumpur.

Turut menerima anugerah tersebut ialah Pegawai Tadbir Khas Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Dr Rashidah Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penerangan Islam-Majlis Islam Sarawak Dr Asmah Othman, BisKaunselor INSKEN Batch Kedua Kuspa, Arina Mohamad Bohari, Usahawan Wanita Lun Bawang, Nur Rahmah Ranong Abdullah, Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Aishah Edris, Naib Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Norjanah Razali, Ketua Dewanita Sarawak Juita Drap, dan Timbalan Pengarah Akademi Digital CENTEXS, Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim.

Menurut Presiden IKSNITA Sabah selaku penganjur, Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal, penilaian itu dibuat secara teliti.

“Pemilihan ini adalah berdasarkan penilaian daripada universiti. Kami tidak pilih begitu sahaja, mereka akan menghantar profil dan penilaian dibuat oleh universiti untuk kami masukkan dalam senarai wanita inspirasi.

“Selain daripada anugerah ini, pencapaian wanita inspirasi ini juga akan kami bukukan yang akan diletakkan di muzium, arkib, institut pengajian tinggi untuk rujukan anak-anak muda generasi akan datang, Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Persidangan IKS dan Kepimpinan Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia 2024 di sini, hari ini.

Anugerah Wanita Inspirasi 2024 disampaikan kepada 100 wanita dari seluruh Sabah, Sarawak, Indonesia dan Singapura di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Anugerah tersebut disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin iaitu Toh Puan Norlidah RM Jasni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan