Search
Close this search box.
Tuai Rumah Panjang Wiss Juing semasa berucap pada Majlis Perasmian Projek Siap Menaik Taraf Balai Raya JKKK Paku Ili Undop, Sri Aman. Foto TVS

Balai raya Paku Ili Undop berwajah baharu, mudahkan penduduk laksana aktiviti

SRI AMAN, 10 Mac: Penduduk boleh mengadakan aktiviti dalam keadaan lebih selesa dengan siapnya kerja-kerja naik taraf balai raya untuk kegunaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Paku Ili Undop di sini.

Tuai Rumah Panjang, Wiss Juing berkata, mereka sangat bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri menyalurkan projek naik taraf bernilai RM100,000 bagi kemudahan penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, balai raya itu kelak dapat digunakan bukan sahaja bagi JKKK Paku Ili Undop, tetapi juga bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan mereka bagi mengadakan pelbagai program.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis kerana sudah meluluskan projek bernilai RM100,000 ini dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.

“Jadi sekarang rakyat di sini boleh menggunakannya semasa perayaan Gawai, Krismas atau majlis perkahwinan sebab sangat selesa dan ia termasuk pelbagai pihak atau agensi dari kawasan lain juga boleh menggunakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Siap Menaik Taraf Balai Raya JKKK Paku Ili Undop di sini, semalam.

Tambahnya, projek menaik taraf ini berjaya memberikan wajah baharu kepada balai raya yang sudah berusia hampir 20 tahun itu.

Ujarnya lagi, balai raya ini serupa seperti dewan serbaguna yang dapat berfungsi bagi menjadi tempat menganjurkan pelbagai jenis aktiviti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan